
"Ya Rabbi...Janganlah Engkau palingkan hati ini setelah Engkau beri aku hidayah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih.."
Popular Posts
-
Oleh: Nur Afifah Abu Hassan MISDEV13, USM PENGENALAN Menerusi dalil al-Quran, Allah SWT berfirman: وَاعْلَمُواْ أَنَّمَ...
-
Assalamualaikum wbt Bismillahirrahmannirrahim, Kita selalu dengar tentang kelebihan Al-Ma'thurat. Memang setahu saya, rakan-ra...
-
Pengurusan Emosi Menurut Islam oleh: Nur Afifah Bt Abu Hassan MISDEV13, USM PENGENALAN Adakah emosi memberi pengaruh t...
-
Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera… Pagi ini saya nak berkongsi sedikit berkenaan solat sunat Dhuha. Dulunya saya tak rajin nak b...
-
Assalamualikum..wbt.. Syukur ke hadrat Allah subhanahuwataala kerana dgn limpah izin kurniaNya kita masih lagi dihidupkan, dapat menatap ...
-
Istimewanya Wanita Islam Ada yang mengatakan susahnya menjadi wanita ISLAM, lihat saja peraturan dibawah ini : 1.Wanita auratn...
Friday, 4 October 2013
Luckily I am a Woman of Islam::
Istimewanya Wanita Islam
Ada yang mengatakan susahnya menjadi wanita ISLAM, lihat saja peraturan dibawah ini :
1.Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
Kerana itu, sering kali kita melihat agenda-agenda tertentu ke arah "MEMERDEKAKAN WANITA ISLAM"
Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya)??
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar berserak bukan?
Itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja : Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya ALLAH ... demikian sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?
- See more at: http://www.dudung.net/artikel-islami/istimewanya-wanita-islam.html#sthash.niC2Ssjv.dpuf

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment